BAB 1
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Latar belakang Kajian
Selagi kita bergelar manusia, kita tidak terkecuali daripada mempunyai sahabat, rakan, atau kawan dalam hidup kita. Dalam menjalani kehidupan seharian, kita boleh mencari ramai kawan, namun belum tentu kawan yang ramai itu dapat menjadi seorang sahabat karib yang baik. Oleh hal yang demikianlah, kita biasa mendengar kata-kata orang tua bahawa “kawan untuk ketawa senang dicari, tapi kawan untuk menangis susah dicari”.
Sudah menjadi lumrah kehidupan,seseorang memerlukan teman atau sahabat sebagai teman berbicara,meluahkan perasaan,berkongsi masalah dan sebagainya dalam melayari kehidupan seharian . Mempunyai ramai sahabat menjadikan hidup kita lebih ceria dan bermakna. Pepatah Melayu ada mengatakan“ berkawan biar seribu, berkasih biar satu”. Ini bermaksud bahawa kita perlu mempunyai ramai sahabat sebagai pelengkap dalam kehidupan kita. Sahabat mengikut Kenny dan Kashi (1992) telah mengatakan bahawa perhubungan persahabatan rapat adalah bercirikan seseorang itu banyak menghasilkan masa dan dalam berbagai situasi dan aktiviti serta tidak melihatkan individu lain yang tidak berkenaan. Ia juga sebagai memberi sokongan emosi serta perhatian kepada yang berlaku pada sahabatnya.
Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pula, sahabat bermaksud kawan, teman, atau taulan. Keakraban perhubungan atau pertalian yang sangat erat, perhubungan (pertalian) yang akrab atau karib. Sahabat karib pula bermaksud sahabat yang rapat (baik). Sahabat sejati ialah sahabat yang sentiasa ada ketika kita memerlukan dia, sentiasa bersedia membantu bila kita ditimpa masalah, sanggup menjadi pendengar yang setia bila-bila masa dan di mana sahaja. Sahabat sejati sanggup berkongsi suka dan duka dengan rakan mereka. Seorang sahabat karib akan cuba sedaya upaya menolong sahabat mereka yang ditimpa kesusahan. Mereka tidak sanggup melihat kesedihan dan keperitan sahabat mereka. Mereka akan cuba mengeluarkan rakan mereka daripada belenggu masalah itu. Di sini jelaslah betapa pentingnya seorang sahabat karib pada seseorang.
Ekoran daripada betapa pentingnya sahabat kepada seseorang, penyelidik telah mengambil peluang ini untuk mengkaji masalah utama dalam persahabatan. Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik telah mengambil 10 orang responden yang telah dipilih secara rawak. Responden tersebut terdiri daripada daripada empat orang jiran penyelidik yang tinggal di Kampung Chendering dan enam orang guru dari Sekolah kebangsaan Seri Budiman II dan Sekolah Kebangsaan Chendering, di daerah Kuala Terengganu, Terengganu.
1.2 Pernyataan Masalah
Dalam menjalani kehidupan seharian, seseorang tidak dapat lari daripada menghadapi masalah, sama ada masalah di tempat kerja, masalah kewangan, masalah rumahtangga, masalah dengan rakan sekerja, jiran dan apa-apa masalah yang tidak dijangka.
Ada orang yang bijak menangani masalah tetrapi ada sesetengah ornag yang tidak dapat menerima kenyataan dan tidak dapat menempuhi masalah yang dihadapi sehingga menimbulkan tekanan dalam kehidupan mereka. Tekanan yang dihadapi akan irri kesan buruk kep-ada keseluruhan hidup seseorang sehingga melibatkan orang yang berhampitan dengannya.
Mereka inilah yang memerlukan teman, sahabat, kawan karib yang berfungsi untuk membantu sahabat yang ditimpa masalahdan kesusahan. Biasanya seorang sahabat tidak malu untuk menceritakan masalah peribadi mereka kepada seseorang yang mereka anggap sebagai sahabat karib dengan harapan masalah tersebut dapat diatasi dengan sebalinya. Mereka akan sama-sama berusaha mengatasi masalah yang dihadapi.
Walau bagaimanapun, dalam persahabatan tersebut, kadang-kala ada berlaku perselisihan faham, salah bicara, salah pemahaman dan sebagainya yang membuatkan sebuah hubungan persahabatan menjadi renggang. Di sinilah pentingnya kajian yang dilakukan oleh penyelidik untuk mengkaji betapa mpentingnya seorang sahabat dalam hidup seseorang.
1.3 Persoalan kajian
Berikut adalah soalan-soalan soal selidik yang telah digunakan oleh penyelidik terhadap 10 orang responden yang dipilih dalam kajian tersebut.
1) Apakah irri-ciri sahabat karib yang anda ingini?
2) Di manakah pertama kali anda mengenali sahabat karib anda?
3) Siapakah sahabat karib anda?
4) Bilakah anda berhubung atau bertemu dengan sahabat karib anda?
5) Mengapa anda selalu berhubung dengan sahabat karib anda?
6) Bagaimana cara untuk mengekalkan hubungan persahabatan anda?
1.4 Tujuan Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut;
1) Untuk mengenal pasti fungsi dan kepentingan sahabat karib.
2) Untuk mengenal pasti irri-ciri sahabat karib yang diingini oleh semua orang.
3) Untuk mengenal pasti masalah-masalah yang timbul dalam menjalinkan sebuah persahabatan.
4) Untuk mengenal pasti emosi responden sepanjang persahabatan.
1.5 Kerangka Konsepsual Kajian
Tajuk Penyelidikan
| ||||
![]() |
|
![]() |
|
|
![]() | ||
![]() |
|
![]() |
|

![]() |
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian yang dijalankan oleh penyelidik sangat penting kerana dengan adanua kajian ini dapat membantu penyelidik mencari sahabar sejati berpandukan ciri-ciri yang dinyatakan oleh responden. Penyelidik juga dapat mengetahui peranan dan fungsi seorang sahabat karib sebagai penyelesai masalah, menjadi tempat meluahkan perasaan, menenangkan emosi dan sebagainya.
Hasil dapatan daripada kajian ini juga, penyelidik dapat mengenal pasti masalah yang sering timbul dalam persahabatan sejati dan mencari punca timbulnya masalah tersebut. Kajian ini amat penting dalam memperbaiki hubungan pershabatan yang menghadapi masalah.
Penyelidik dapat menggunkan hasil dapatan kajian dan mengukuhkan ikatan persahabatan penyelidik dengan sahabat sejati penyelidik kerana penyelidik telah tahu apakah punca retaknya sebuah persahabatan. Jadi, dalam menjalinkan persahabatan, penyelidik akan cuba mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang boleh merenggangkan tali persahabatan tersebut. Dengan cara ini, ikatan persahabatan antara penyelidik dan sahabat karib akan sentiasa terpelihara, harmoni dan semakin utuh.
1.7 Skop kajian
Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah di kawasan pinggir bandar di daerah Kuala Terengganu iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II dan Sekolah Kebangsaan Chendering. Kajian ini juga dijalankan di sebuah kampung iaitu Kampung Chendering di daerah yang sama.
Penyelidik memilih sekolah ini kerana kedua-dua buah sekolah ini terletak berhampiran dengan penyelidik bertugas. Kampung Chendering dipilih kerana ia merupakan tempat tinggal penyelidik. Dengan ini, dapat memudahkan usaha-usaha penyelidik mencari dan mengumpul maklumat yang diperlukan untuk kajian ini.
Pemilihan lokasi ini juga memudahkan penyelidik berjumpa dengan responden apabila diperlukan. Penyelidik tidak memerlukan masa yang lama untuk berjumpa dengan responden memandangkan tempat tinggal yang berdekatan. Hal ini amat penting kerana mungkin penyelidik perlu berjumpa dengan responden lebih daripada sekali apabila data dan maklumat yang dikumpul tidak lengkap.
1.8 Definisi Istilah
Sahabat menurut bahasa di dalam kalimah (assihabah) ataupun (assahabah) imbuhan dari (As-subhah). Ahli bahasa yang terkenal iaitu Al-Fairuzabadi menerangkan : Sahabat memberi maksud berkawan atau mengajak untuk bersama dan beserta dengannya sebagai teman. Selain itu, Al-Qadhi Abu Bakar Al-Baqilani menakrifkannya : tidak menjadi perselisihan di kalangan ahli bahasa dalam menjelaskan kalimah sahabat adalah imbuhan dari (as-subhah) yang tidak menjurus kepada bentuk persahabatan yang khusus malah ia mencukupi kepada bentuk yang sedikit ataupun banyak. Apabila diletakkan nama berkawan ia tidak tertakluk kepada sedikit ataupun banyaknya rakan tersebut.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), sahabat bermaksud kawan, teman, atau taulan. Sahabat karib pula bermaksud sahabat yang rapat (baik).
BAB 2
2.0 METODOLOGI KAJIAN
2.1 Kaedah Kajian
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang sahabat karib demi untuk mengekalkan hubungan baik yang terjalin antara dua orang sahabat baik. Ia juga bertujuan untuk mengetahui perasaan sahabat karib dalam hidup seseorang serta mengenal pasti masalah yang sering timbul dalam menjalinkan persahabatan dan seterusnya membincangkan cara untuk mengatasi masalah tersebut. Kaedah yang digunakan oleh penyelidik ialah menggunakan kaedah temu bual dan soal selidik yang ditujukan kepada 10 orang responden dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang lebih menjurus kepada penganalisaan data secara kualitatif iaitu data deskriptif yang menerangkan sesuatu fenomena.
Sebanyak enam soalan telah dikemukakan untuk dijawab oleh responden. Soalan tersebut adalah soalan terbuka yang memerlukan pendapat dan pandangan responden tentang tajuk yang ditanya.
2.2 Tempat Kajian
Kajian ini dijalankan kepada 10 orang responden yang tinggal berhampiran dengan penyelidik. Mereka terdiri daripada empat orang jiran penyelidik yang tinggal di Kampung Chendering dan enam orang guru dari Sekolah kebangsaan Seri Budiman II dan Sekolah Kebangsaan Chendering, di daerah Kuala Terengganu, Terengganu. Kesemua 10 orang responden ini berasal dari daerah Kuala Terengganu, Terengganu.
2.3 Populasi Kajian
Populasi kajian terdiri daripada sahabat dan kawan-kawan penyelidik yang selalu berjumpa, berkomunikasi dan berhubung dengan penyelidik. Jumlah populasi tidak dapat dipastikan kerana mereka terdiri daripada sahabat handai, jiran-jiran dan rakan sekerja di sekolah yang sama.
Bagi tujuan penyelidikan, penyelidik telah mengambil persampelan daripada populasi yang dikaji. Seramai 10 orang responden telah dipilih untuk menjadi sampel kajian. Sampel kajian ini diharapkan akan dapat mewakili populasi kajian.
2.4 Instrument Kajian
Instrument yang telah digunakan dalam kajian ini ialah satu set soalan soal selidik. Ia mengandungi enam soalaj terbuka yang menggunakan kaedah 5W/1H. Soalan yang dikemukakan merupakan soalan berbentuk pendapat. Soalan ini memerlukan responden memberi pendapat dan pandangan mereka tentang tajuk yang dikaji. Soalan yang dikemukakan boleh digunakan oleh penyelidik untuk mencapai objektif kajian serta mencari ciri-ciri dan fungsi sahabat karib serta masalah yang dihadapi dalam persahabatan.
Hasil dapatan daripada soalan yang dikemukakan akan dianalisis dan ditunjukkan dalam bentuk peratus. Seterusnya penyelidik akan dapat menilai dan mencari cirri-ciri sahabat karib yang disukai oleh populasi berdasarkan jawapan yang diberi oleh sampel responden yang dipilih.
BAB 3
3.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
3.1 Hasil dapatan dari soalan
Kajian merujuk kepada sepuluh responden yang disoal selidik melalui kaedah 5W/1H. Bentuk-bentuk soalan adalah seperti berikut :
Soalan 1. Apakah ciri-ciri sahabat karib yang anda ingini ?
a) Jujur
b) Amanah
c) Pemurah
d) Baik hati
Apakah ciri-ciri sahabat karib yang anda ingini ?
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ||||
Berdasarkan soalan tersebut, responden mengambil sifat jujur sebagai pilihan yang utama dalam ciri-ciri sahabat karib yang mereka ingini. Peratusan bagi pemilihan sifat jujur ialah sebanyak 50%. Manakala sifat amanah dan baik hati menjadi pilihan yang kedua iaitu sebanyak 20%. Sifat pemurah pula tidak menjadi pilihan utama iaitu sekadar 10% sahaja.
Soalan 2. Di manakah pertama kali anda mengenali atau berjumpa dengan sahabat karib anda ?
a) Sejak kecil
b) Zaman persekolahan
c) Di IPT
d) Tempat kerja
|
![]() | |||||||||
![]() | |||||||||
![]() | |||||||||
|
| ||||||||
|
Kajian mendapati ramai yang bertemu dengan sahabat karib mereka di tempat mereka bekerja atau bertugas. Peratusan yang mewakili tempat kerja ialah sebanyak 60% (6 orang). Ini adalah kerana mereka sentiasa dapat meluangkan banyak masa bersama ekoran bekerja di tempat dan dalam bidang tugas yang sama. Manakala seramai 2 orang yang memilih jawapan c (di IPT), iaitu sebanyak 20%. Bagi jawapan a dan b pula masing-masing hanya seorang sahaja mewakili 10% (seorang).
Soalan 3. Siapakah sahabat karib anda sekarang ?
a) Seorang penjawat awam
b) Seorang guru
c) Seorang ahli perniagaan
d) Seorang suri rumahtangga
|
![]() | ||
![]() |
Majoriti responden adalah dari kalangan guru, maka ramai yang mempunyai sahabat karib di kalangan rakan sejawat mereka iaitu guru yang mewakili 6 orang dengan peratusan sebanyak 60%. Manakala bagi rakan karib di kalangan penjawat awam yang lain pula ialah sebanyak 20% iaitu seramai 2 orang. Seramai dua orang responden yang mempunyai rakan karib di kalangan ahli perniagaan dan suri rumahtangga iaitu masing-masing seramai 1 orang yang mewakili10%.
Soalan 4. Bilakah anda akan menghubungi atau bertemu dengan sahabat karib anda ?
a) Pada masa-masa terluang
b) Ketika mengalami masalah
c) Pada bila-bila masa diperlukan
d) Pada hari-hari keraian dan perayaan
![]() | |||||||
![]() | |||||||
| |||||||
![]() | |||||||
| |||||||
![]() | |||||||
| |||||||
![]() | |||||||
| |||||||
Ramai responden akan menghubungi sahabat karib mereka ketika menghadapi masalah atau untuk bertanya pendapat serta untuk berkongsi masalah yang dihadapi. Seramai 6 orang responden yang mewakili 60%, akan menghubungi kawan baik mereka apabila menghadapi masalah-masalah tertentu. Bagi pada bila-bila masa yang diperlukan ialah seramai 2 orang yang mewakili sebanyak 20%. Manakala bagi pada masa-masa yang terluang dan pada hari-hari keraian dan perayaan pula masing-masing ialah sebanyak 10%.
Soalan 5. Mengapakah anda selalu berhubung dengan sahabat karib anda?
a) Berbual-bual kosong
b) Bertanya khabar
c) Berkongsi masalah
d) Jemputan keraian dan perayaan
Hasil dapatan dari sepuluh responden yang dikaji, 6 orang daripadanya menjawab pada bahagian berkongsi masalah dengan jumlah peratusannya sebanyak 60% dan bagi jawapan bertanya khabar pula ialah sebanyak 20% iaitu seramai 2 orang. Bagi jawapan untuk berbual-bual kosong dan jemputan keraian dan perayaan ialah masing-masing sebanyak 10% iaitu seramai seorang setiap satu jawapan.
Soalan 6. Bagaimanakah cara anda menghubungi sahabat karib anda ?
a) Mengutus surat
b) Mesej melalui sms atau e-mail
c) Berjumpa di tempat kerja
d) Melalui panggilan telefon
![]() | |||
![]() | |||
|
|

![j0423828[1]](file:///C:/Users/fuzi/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image037.gif)
Kebanyakan respoden yang diajukan soalan keenam ini memberi jawapan bahawa berhubung atau berjumpa di tempat kerja adalah jawapan yang terbanyak iaitu seramai 7 orang yang mewakili sebanyak 70%. Manakala bagi jawapan d iaitu melalui panggilan telefon ialah sebanyak 20% yang mewakili 2 orang responden. Bagi jawapan b pula ialah sebanyak 10% dan tiada responden yang memerikan jawapan a (0%).
3.2 Kategori sifat-sifat yang dimiliki oleh seorang sahabat karib
![]() |
Setiap respoden memiliki emosi yang hampir sama apabila berhadapan dengan situasi tertentu seperti setiap respoden akan mengalami perasaan rindu apabila lama tidak bertemu dengan sahabt karibnya. Perasaan rindu akan hilang dan akan bertukar menjadi perasaan gembira apabila dapat bertemu dan melepaskan rindu yang membelenggu di jiwa respoden.
Setelah melepaskan rindu, tiba saat perpisahan kerana setiap pertemuan pasti ada saat perpisahan. Ketika saat perpisahan, perasaan sedih akan menyelubungi di hati dua orang sahabat yang bertemu.
![]() | |||||||||||
![]() | |||||||||||
![]() | ![]() | ||||||||||
![]() | ![]() | ||||||||||
Sikap prihatin juga merupakan salah satu sikap yng sentiasa wujud dalam diri seorang sahabat karib. Antara sikap prihatin yang boleh dilihat ialah peka terhadap masalah sahabat, mengambil berat kebajikan sahabat, sensitif atas setiap perubahan yang berlaku kepada sahabat dan sentiasa memahami perasaan sahabat dikala mereka menghadapi masalah.
Seorang sahabat karib yang baik ialah mereka yang dapat merasa perubahan yang berlaku dalam diri sahabat karib mereka. Masalah yang dihadapi oleh rakan akan cuba sama-sama diselesaikan oleh mereka berdua.
Sikap mengambil berat antara sesama sendiri amat penting dalam menjaga keharmonian hubungan mereka agar hubungan tersebut berkekalan. Perasaan sensitif di atas setiap perubahan yang ditunjukkan oleh sahabat dapat dirasai dan dibaca oleh seorang sahabat karib. Mereka akan cuba mencungkil masalah yang dihadapi dan cuba menenangkan perasaan sahabat mereka. Dengan cara ini, diharapkan dapat melegakan dan menghilangkan perasaan sedih dan tertekan yang dialami oleh sahabat mereka itu. Secara tidak langsung, sahabat akan merasa diri mereka dihargai dan mereka mempunyai tempat untuk mengadu dan berkongsi masalah.
![]() | |||||
![]() | |||||
![]() |
Di antara kategori sikap yang perlu ada dalam diri setiap sahabat karib ialah sikap baik hati, pemurah, jujur, penyayang dan peramah. Sikap-sikap yang dinyatakan di atas,sangat penting dalam mengeratkan lagi hubungan persahabatan.
Sikap baik hati dapat dilihat apabila seorang sahabat sanggup berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk membantu sahabat karib mereka. Mereka akan meluangkan masa menziarahi sahabat untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim. Mereka tidak teragak-agak untuk memberi nasihat sekiranya perlu dalam menyelesaikan masalah sahabat. Sahabat yang pemurah pula sanggup membantu sahabat dalam pelbagai segi kewangan. Seorang yang pemurah sentiasa bersedia membantu sahabat yang kesempitan wang. Mereka akan membantu sekadar yang terdaya.
Kejujuran yang amat penting dalam sebuah perhubungan. Sikap kejujuran yang ditunjukkan dapat meraih kepercayaan sahabat karib untuk meluahkan segala masalah dan konflik yang mereka hadapi. Mereka percaya sahabat karib mereka dapat memegang amanah dan kepercayaan yang diberikan.
Responden juga mengharapkan sahabat mereka memiliki sifat-sifat mulia seperti sikap penyayang dan sentiasa ceria kerana sikap tersebut dapat menghilangkan tekanan dan dapat melupakan seketika masalah yang mereka hadapi.
3.3 Fungsi atau peranan sahabat karib
a) Sebagai pembimbing dan penasihat
b) Sebagai tempat mengadu dan luahan masalah
c) Sebagai penghibur dikala duka
d) Sebagai penolong dan menyelesaikan masalah
Menurut kajian soal selidik yang diperolehi dari sepuluh respoden, 5 daripadanya menyatakan dengan adanya sahabat karib boleh dijadikan sebagai tempat untuk mengadu dan berkongsi masalah. Justeru itu, sahabat karib turut dijadikan sebagai penolong menyelesaikan masalah. Manakala sebagai pembimbing dan penghibur hanya diwakili oleh seorang sahaja. Hasil kajian ini dpat dijelaskan lagi menerusi graf di bawah ini.
3.4 Masalah-masalah yang sering timbul dalam pershabatan
Antara masalah yang sering berlaku dalam persahabatan ialah tidak dapat meluangkan masa, bersama sepenuhnya. Ini kerana berlakunya kekangan masa, sibuk dengan tugas dan tanggungjawab maasing-masing.
Di samping itu juga , ada sahabat yang telah berkahwin, penerimaan pasangan terhadap sahabat karib kurang mendapat layanan yang baik ekoran banyak menghabiskan masa menguruskan keluarga masing-masing.
Di samping itu juga terdapat sahabat karib yang tinggal berjauhan ditambah pula dengan status dan tempat kerja yang berlainan.
![]() | |||
![]() | |||
|



![j0365358[1]](file:///C:/Users/fuzi/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image057.gif)
3.5 Cara-cara mengatasi masalah dalam hubungan persahabatan
Sebagai sahabat karib yang prihatin, ramai yang mengambil inisiatif dengan menggunakan kaedah teknologi maklumat yang serba canggih dengan berhubung melalui telefon, sms,e-mail, face book dan yang paling penting setahun sekali terutamanya pada musim perayaan amalan kunjung-mengunjungi hendaklah diamalkan dan dikekalakan sepanjang zaman.
![]() |
BAB 4
4.0 RUMUSAN
Responden-responden dalam kajian ini yang mengakui rakan adalah saling memerlukan antara mereka terutama sahabat karib. Sahabat adalah penting dan sering bertindak sebagai penasihat dan pembimbing ketika mereka memerlukan atau lalai dengan tanggungjawab mereka. Justeru, tidak hairanlah seorang sahabat baik sanggup berkorban masa, tenaga serta emosi untuk sahabatnya. Bersedia untuk memaafkan sahabat baik kita adalah perlu untuk mengekalkannya.
Oleh itu, janganlah kita mengabaikan atau memutuskan hubungan yang terjalin antara sahabat kita kerana masalah yang kita hadapi. Kita perlu menghargai setiap sahabat yang berada di sekeliling kita. Meluangkan masa bersama-samanya dapat membuka peluang kepada kita dan sahabat karib kita lebih mengenali dan mengeratkan pertalian persahabatan antara satu sama lain. Langkah ini turut disarankan oleh penulis buku The Philosophy of Friendship, Mark Vernon.
Melalui masalah persahabatan ia banyak mengajar kita tentang seseorang dan memberi peluang untuk mengenalinya dengan lebih baik walaupun ia kadangkala membawa tekanan kepada kira. Ini kerana hubungan persahabatan yang dibina dengan kawan baik bagaikan adik-beradik. Namun, persahabatan sama seperti hubungan lain iaitu perlu melalui banyak pahit manisnya. Kata-kata 'sahabat pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok' bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah dan sepatutnya dielakkan dalam menjalinkan hubungan dengan sahabat yang akrab.
Ada ahli psikologi mengatakan walaupun mempunyai kawan baik adalah penting untuk kesejahteraan kesihatan mental dan fizikal, persahabatan juga boleh menjadi permusuhan sekiranya masalah yang timbul tidak dapat ditangani dengan baik. Jadi, masa dan ruang adalah penting untuk diperuntukkan untuk melihat serta menilai semula masalah yang dihadapi dan menyelamatkan persahabatan itu.
Teliti kembali, adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab sebagai sahabat sebaik mungkin atau sekadar teman untuk minum kopi dan teh sahaja. Kita sepatutnya menjadi sahabat yang baik dan sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabatnya dan jujur dalam bersahabat. Sebelum meneruskan persahabatan yang mendalam mohonlah petunjuk Allah agar tidak tersalah pilih. Kita juga perlu menerima sahabat kita sebaiknya dan maafkan kesilapan yang sengaja atau tidak sengaja dilakukan. Persahabatan yang dijalin kerana Allah pasti berkekalan. Nilai sebuah persahabatan itu tidak mampu dibeli dengan wang dan harta lantaran harganya yang tidak terungkap. Oleh yang demikian, hargailah persahabatan yang terjalin antara kita dan sahabat-sahabat kita.
No comments:
Post a Comment