Tuesday, February 23, 2016

dasar perjuangan

Perjuangan untuk membela atau memenangkan sesuatu kaum ataupun puak adalah perjuangan bodoh. Dalam kehidupan di dunia ini terdapat beribu bangsa dan puak, andaikata semuanya inginkan kemenangan ataupun kemegahan dunia tidak mungkin aman. Bumi sebenarnya boleh di amankan dengan agama. Dengan ISLAM sahaja segalanya akan selesai. ISLAM mengajarkan kehidupan yang lengkap bermula dari bangun dari tidur di awal pagi hinggalah

Siapa Milik Siapa

Aku bernafas....

Milik siapa udara ku sedut ini

Aku melihat ....

Milik siapa mata hitam ini,

tiada surat hak milik yang ku ada

Aku dibasahi hujan..

Milik siapa titisan air suci dan lembut ini.?

Mengalir, berderai ke serata alam

Aku melihat gunung..

Siapa pula milik gunung itu

Aku melihat ke atas

Bintang,bulan,matahari,awan..entah

Milik siapa yang ku lihat itu

Aku sedar...

Aku tak punya apa - apa

Aku sedar aku adalah manusia yang fakir

Aku pun dimilikiNya

Aku tersenyum suka

Aku melihat manusia masih alpa

Mereka tiada apa - apa

Mengaku kaya mengaku berada mengaku berharta

Padaku...

Bodohnya mereka...

Mungkin belum sedar Siapa milik Sipa













Malu

Terasa panas hari ini
Melihat manusia yang hilang malunya
Melihat manusia yang sudah menjadi haiwan
Melihat manusia yang bersifat syaitan...

Mereka hanyut dalam kemajuan
Mereka alpa dalam keseronokan
Mereka berbogel menunjukkan kemajuan
Mereka tenggelam dalam keseronokan

Bogel mereka akan kekal di sini
Bogel mereka akan dilihat oleh keluarga sendiri
Bogel mereka tontonan anak mereka
Bogel mereka ketawa hilai cucu mereka

Insaflah.....

Kena Kelentong Lagi

Atas nama kemodenan rekaan si kafir

Si kafir bernama Yahudi

Bertopeng dengan nama kemodenan

Sama taraf sama boleh dan sama hak


Kini bernama lagi komersial

Futsal bernama sukan diperkenal

Keliling bandar desa dan kampung

Bandar dan kota menjadi pelupornya


Manusia lemah patut dijaga

Futsal menjadi penelanjang mereka

Berseluar pendek aurat terbuka

Habis terselak semua terbuka


Kalau gelaran awangnya nama

Jenis ini kira ok ler juga

Ini jenis lemah segala

Solat dan puasa tidak cukup sebulan


Kesian tengok manusia jenis ini

Wanita, gadis, perempuan,

Juga dara gelar nama diberi

Malangnya bohsia pilihan di cari


Bermain futsal menjadi pilihan

Nak sihatkan badan salah pilihan

Tunjukkan aurat dosa menanti

Mata melihat nafsu meronta

Ayah dirumah fasik menanti

Jantan dijalanan menanti peluang

Atas pengaruh betinanya futsal

Salah Apakah Ini?

Aku keliru detik ini

Antara iman dan nafsu

Melayar dengan nafsu

Mencari realiti yang tidak pasti

Terdampar di dada skin ini

Wanita gadis yang tidak bermaruah

Menunjukkan aksi yang bersahaja

Menjaja maruah yang tiada

Membuat aku leka sementara

Mengingat hak dan kebatilan

Menjaga suruhan dan tegahan

Menanbah dosa yang membukit

Ampunkan kesalahanku Ya Allah

Aku hambamu yang paling hina

Paling lupa dan alpa

Nafsu beraja tidak mampuku jaga

Internet ini benar - benar mengujiku kini

Berperang dengan nafsu dalam diri

Lebih susah menentang musuh yang pasti

InsyaAllah

Dengan debu - debu iman di hati

Akan ku lawan nafsuku ini

Doaku agar akalku membantu

Hanya keampunan yang ku pohon

DariMu Ya tuhanku

Sejuta Tangan

Pekat kopi hitam di sisi

Terlintas satu memori di hati

Tentang anugerah dari Ilahi

Tentang nikmat tangan berjuta berganding

Membuah kopi di sisi

Hidup subur si pohon kopi

Dijaga oleh tangan petani

Mendapat baja dari kilang seberang

Beribu tangan di kilang baja

Menyedia baja untuk si pohon kopi

Kopi yang ada di petik kini

Tangan di ladang guna mengurai

asingkan kulit dan bijinya

Jemur dan hancur tangan di guna

Kopi di bawa masuk ke kilang

Di proses pila tangan di kilang

Di bungkus di atur rapi di kotak

Tangan drebar guna membawa

Kopi yang molek di bawa ke kedai

Tangan pekedai mula menjual

Berjuta pula tangan di guna

Memproses gula, cawan dan sudu

Air di paip tidak percuma

Berjuta pula tangan di guna

Moga Allah merahmati usaha kita