Tuesday, October 9, 2007

Bangganya Aku

Aku hairan sungguh...
Melihat manusia berbangga dengan manusia,
Makhluk yang lemah dijadikan Allah.
Manusia yang paling hebat Rasullulah s.a.w.
Baginda ke langit dalam semalaman
Baginda melihat penghuni Syurga
Baginda melihat azabnya Neraka
Baginda memegang kuncinya Syurga
Hari ini..
Manusia baru ke angkasa
dengan bantuan manusia..
dengan kelengkapan siapan manusia
dengan sumbangan kesusahan manusia
dengan keringat rakyat jelata
berbangga dengan satu manusia
yang hidup matinya di tangan yang Esa
Bangganya Aku..
Punya nabi yang diMikrajkan
Punya nabi yang aku banggakan

Saturday, October 6, 2007

Beranikah aku??

Beranikah aku??
Soalan yang bermain dalam hatiku..
Hadapi rintangan untuk menolong menegakkan agama Allah
Menjadi tentera Muhammad s.a.w
Mati dalam kerakusan manusia meterialistik
Beranikah aku..
Menegur anak - anak ku yang mensia - sia kan solatnya
Menegur isteriku yang bogel rambut tocangnya
Menegur diriku sendiri yang selalu hanyut dalam nafsunya...
Aku harus berani...
mengubah diriku....

Sunday, May 20, 2007

perjuangan
kita mesti berjuang untuk hidup
tapi kita bukan haiwan
yang berjuang tanpa akal
kita punya contoh teladan yang jadi ikutan
kita punya kitap yang dijadikan pedoman
kita punya hadis yang telah ditafsirkan
kita punya ulamak yang punya bicara ilmu
ikuti mereka
kerana perjuangan tak akan berakhir